si kepHo-ci!

My photo
jb, Malaysia
hye.. me..?*simple but complicated* *talkactive (pot pet pot pet)* *luv ol about red* want to know more about me? just asking.. (^-^)

Saturday, August 25, 2012

slamat hari raye

assalammualaikum...

wah, hapak sy nie..
sudah lame xtulis blog.. (baik xyah de blog-->dang!)
heheehe
di kesempatan ini, shedot gojes anak en hassim, ingin menyusun sepuluh jari,
memohon kemaafan kepada sume kawn2..
bkn sje kwn2 bloggers sekalian tp seantero dunia.. cewah..
(hamboi ko jemah, cm hot sgt kwn seluruh dunia bagai)
slamat hari raya ye kwn2.. 
andai ade terkasar bahasa, termkn ke, terminum ke, terumpat ke.. sorry hokay
ala, biase la tu... nnt raya deepavali leh mntk maaf lg..
hehheehe~
klu  yg de mase terbuang begitu sje, sile la dtg uma...
mee goreng mamak style tu mmg la xde, kuih raye air tgn n kaki ade la 2,3 jenis..
wet raye limit utk ank2 bwh 17thn ye..
yg dh overdue, sepakan raye byk lg nie...
hahahaha... sengal haku nie..

ok la, be4 mereverse kn diri..
doa aku mengiringi kalian...
salam ghaye,
shedot

Wednesday, March 28, 2012

cikgu sy kawin!

assalammualaikum~

yihu.. akhirnya cikgu sy kawin jua.. cikgu wazir... die bukan la cikgu yg rapat or baik sgt ngn aku... dh 8thn kot kiteorg xjumpe, afta die abs praktikal kt skola teknik... jmp blk pn kt facebook, sbb die add cikgu2 lame kt segamat...

hurmmm.. dlm alwys aku tnye die "bile nk kawin cikgu?" tetibe smpai msg dr die surh bg add nk hntr kad... terkejut beruk makcik... hahaha...

alhmdulilah.. jodoh die smpai gak.. =)

to cikgu wazir :
congrate!
i'm happy for u!
hope cikgu bahagia bersama2 isteri tercinta hingga akhir hayat...


cikgu dh kawin... ank murid...??? hehehe... ade jodoh nnt, ade la... kengkawan tolong la doa2 kn ye... wink2*

shedot undur diri...<3

Thursday, March 22, 2012

biar sepi berbicara~

assalammualaikum...

tiada kata mampu mengungkap rasa


sepi itu indah,
     syda

Friday, March 9, 2012

setahun yang pertama!

assalammualaikum~

wah.. diam x diam.. suke x suke.. konon2 nk benti.. akhinya dh sethn gak aku keje kt GFM.. (gaji xnaik gak) hahahaha... ops...kene saman nnt.. mr busyuk dh mule suruh cr keje len... bkn xnk tp rase sayang la plak... keje biase2 jew, persekitrn yg best tu yg wat hati ni cm berat je nk blah... huhuhu... and the other reason, op coz la xmau jauh ngn mr busyuk.. love u darling...

bile dh setahun nie, byk la suke duka yg dilalui... bende yg plg byk aku blaja ialah persahabatan... kadng2 kite rase dia la sahabt yg plg baik tp sebenarnye gunting dlm lipatan... die la yg plg byk bg nasihat tp die gak yg bg problm kt kite... xpela, diz is a valuable lesson for me... ingt dot, rambut kt luar same hitam tp hati kt dlm kite xtaw.. thnkz Allah for dugaan.. klu die xkurnia kn masalah cmni, aku xblaja menghargai pape...


to my very gud fren yg jauh di mata dekat di hati - nisaq -miss u la beb.. blk ganu belikn telur penyu ye awekz... hahahaha.. xlupe gak kt kwn2 len -anim, melin, ziqa, mira, n etc... (yg xde dlm senarai boleh la letak sndr ea..) hahaha

pic cinut kawin.. nie je la gmbr yg dpt capture ramai2.. hehehe

stop here,
-dot-

Sunday, February 26, 2012

eGo

assalammualaikum

just wanna to share
...moral cerpen...
hope u all n'joy it



Die terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebb itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia takkan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak jaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah. Dan atas sebb yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahuitu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia Cuma senyum dan cakap pada aku, “belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak.. belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak.

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayang mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kawin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku mintak kami berpisah. Aku Nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda. Untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia.” Tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans dating dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam-kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menagis. Mungkin ibu dia. Mengalir air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di ICU. Dia koma, tapi doctor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu, “aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau.” Hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukah kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia berusaha tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku 2 minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.
“dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari 1 sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hunbungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy birthday sayang...”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil 1 bintang. Ku buka origami itu dan di dalamnya tertulis, “love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat 1 hari Cuma 1. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelakidewasa, inilah pertamkali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya ku baca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memilikikecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana aku gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.
Aku bisikkan ketelingannya, “sayang...saya dating..cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku meminta maaf darinya. Tiba-tiba denyut nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkah kawannya mengejutkan aku. Doctor  dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.
setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap 2 minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga telah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.
Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Di atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku. Arsenal beserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa pasal bola. Dia Cuma tahu pasukan apa yang abang minatdan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok.” Ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai tu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai dihospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku dating. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“sayang... terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kadai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku seukan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melanyan aku dengan lembut. aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. mungkin dia terlalu terluka dengan aku.


“baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi.” Pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Dia tak pernah macma ni.

Selang beberapa hari, aku dating lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururrawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaannya sudah stabil. Tapi yang membuatkan jantung aku hamper gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua 3 tahun yang lalu. Sejak kejadian tu, aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah 3 tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hamper dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada 1 wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyuman dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.

Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah berkawin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu Cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya.Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, Cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang penah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walaupun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik trapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesarkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokokboleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mengalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah Nampak, terlindung tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.



p/s : sedar la sebelum terlambat...
sumber : blog tentang cinta

jika seseorang itu bersedia untuk bercinta,
dia bersedia hatinya untuk disakiti
-syida <3 shafiq-


Monday, February 20, 2012

-fly far away- wee

assalammualaikum..

hye ols..
sy rase sgt hapak skunk..
sbb dh lame xupdate blog nie..
(naik bersarang hokey)
bzy..bzy..bzy...
hehehehe

so, lets talk about fly far away...
owh.. no3..
shedot always here, dibumi tercinta...
xgi mane2 pn...
tajuk je gempak,
padahal nk cite psl festial layang2 sedunia pasir gudang je...
ye kwn2.. sy org pasir gudang..
so klu xpegi, mmg wat malu je..
org jepun pn smpai bukit layang2 tu taw!
class kn joyah~

tiap2 taw mmg ade festival nie...
rajin xrajin, ko suke ke xsuke je nk pegi...
so thun ni dh kali ke 17...
(dh leh amek spm dh nie =hehehehe)
so sy yg konon nye excited nk pegi..
(harus la excited, nk g ngn mr.love kn3...)
plannig nk g ptg, xnk panas la kn...
hambek ko, ku sangka kn panas hingga ke ptg, rupe nye hujan di tenghari..
mmg kene la tu...
aku smpai layang2 dh byk turun..
ade la sehelai 2 je di awangan..
(yg penting misi berdating dlm renyaian hujn tercapai =D)


passion gojes,
-shedot-